Lullabies ~

Aku hanya perempuan biasa ,
Sama seperti perempuan lain di luar sana ,
Bab kata ibu ku , 
Hati perempuan lembut bak sutera .

Aku punya hati dan perasaan ,
Bila ditengking aku sentap ,
Nampak kental ,
Tapi aku juga perempuan ,
Berhati lembut .

Ada mengatakan aku nampak kuat ,
Tapi pernahkah kau nampak aku menangis?
Aku menangis dalam hati sebab aku tak nak nampak lemah ,
Depan kau, aku nak nampak kuat !

Tapi sebenarya kau perlu tahu , 
Kalau kau kata aku kental , 
satu perkataan aku akan berikan ,
 semua itu ''Dusta'' !

Pernahkah kau terfikir ,
Perasaan aku?
Kau layan aku ibarat sampah yang tak berguna .
Hati ini sayu tak terkata ,

Hanya satu kupinta , 
Jaga hati insan lain ,
Kerana,
Mereka jua punya hati dan perasaan .



 Nabila Mohd Raffi